PENYERTAAN TELAH DITUTUP 15 APRIL 2011

Penyertaan telah ditutup pada jam 11.59 malam - Jumaat, 15 April 2011. Sebarang pertanyaan berhubung penyertaan, sila berhubung pegawai Urusetia Jamboree seperti disenarai pada sisi kanan blog. Lokasi:GPS: N 02 13.752’ E 102 18.177’ Terima Kasih.

Tuesday, February 15, 2011

Rumah Melaka,Bukit Katil

Assalamualiakum dan salam 1 Malaysia

Bagi peserta dari luar Melaka yang berminat untuk menyertai Jamboree Kampung Ride 2011 di sini kami  sediakan sedikit panduan arah menuju Rumah Melaka di Bukit Katil yang mengambil masa kira-kira 10-15 minit perjalanan dari Plaza Tol Ayer Keroh.




Peta dengan ihsan : Google Map

Point A :Plaza Tol Ayer Keroh
Point B :Persimpangan MITC
Point C : Persimpangan Jalan Gapam-Bukit Katil
Point D :Persimpangan JPJ-Bukit Katil
Point E :Rumah Melaka



Point A : Plaza Tol Ayer Keroh

- di sebelah ini ialah gambaran selepas anda keluar dari Plaza Tol Ayer Keroh, Melaka

- dari Plaza Tol Ayer Keroh, anda perlu terus memandu ke arah Bandaraya Melaka melalui Zoo Melaka (di kiri)dan Taman Buaya Melaka (di kanan)






 Anda perlu memandu lebih kurang sejauh 3Km untuk tiba di Persimpangan MITC (Point B)












Point B : Persimpangan MITC

- Selepas anda melepasi Zoo Melaka dan Taman Buaya

- Anda akan dapat melihat papan tanda jalan raya menunjukkan arah ke Bukit Katil.

- Anda perlu belok ke kiri di persimpangan ini untuk menghala ke Bukit Katil (Point C) melalui Jalan Gapam. Seri Negeri berada kira-kira 500 meter dari persimpangan ini.



Point C : Simpang Tiga Menghala ke Bukit Katil

-Selepas membelok ke kiri, anda akan meneruskan perjalanan lebih kurang sejauh 500 meter melalui Seri Negeri sebelum tiba di simpang ke Bukit katil (Point C)








-Selepas melepasi Seri Negeri Melaka, anda perlu membelok ke kanan selepas tibe di simpang tiga ini untuk menuju ke Simpang Empat Bukit Katil (Point D) yang terletak kira-kira 4Km dari simpang ini.









Point D : Simpang Empat Bukit Katil

 -Setibanya di persimpangan ini, anda perlu membelok ke kiri melalui jalan Tun Kudu untuk menuju ke Rumah Melaka,Bukit Katil

-Selepas 150 meter belok ke kiri anda akan melihat Rumah Melaka yang terletak di sebalah kiri Jalan Tun Kudu,Bukit Katil Melaka(Point E)




Point E : Rumah Melaka, Bukit Katil

-Terletak kira-kira 150 meter dari Simpang Empat Bukit Katil (Point D)









**Point of Interest (POI) : Bukit Katil,Melaka

Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!

No comments:

Post a Comment