PENYERTAAN TELAH DITUTUP 15 APRIL 2011

Penyertaan telah ditutup pada jam 11.59 malam - Jumaat, 15 April 2011. Sebarang pertanyaan berhubung penyertaan, sila berhubung pegawai Urusetia Jamboree seperti disenarai pada sisi kanan blog. Lokasi:GPS: N 02 13.752’ E 102 18.177’ Terima Kasih.

Monday, May 2, 2011

BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011 - UCAPAN PRESIDEN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

 
"Salam sejahtera.. kpd semua rider mtb yang telah menyertai "BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011".Sebagai president kelab, saya ucapkan ribuan terima kasih yg tak terhingga kpd anda semua. Saya juga memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan ataupun kekurangan di sepanjang jamboree ini berlangsung.Tahniah juga saya ucapkan kpd para pemenang. Akhir kata dari saya, semoga kita berjumpa lagi tahun hadapan. Insya Allah."
Fairuz Abd. Karim 
Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2012!!!

Friday, April 29, 2011

Bunting

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Riders!
Look for this bunting while driving heading to RUMAH MELAKA!





Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!

Medal

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Riders! 
Debaran BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011 makin terasa.
Medal untuk semua yang berjaya tamatkan kayuhan.



Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!

Wednesday, April 20, 2011

Senarai Rider Telah Keluar!!!!!!!

Assaamualaikum dan salam 1 Malaysia

dengan ini secara rasminya...senarai nama riders/peserta Kampung Ride Jamboree 2011 telah pun di keluarkan.
Rider-rider boleh menyemak nama masing-masing...sila klik link di bawah ini



ataupun terus ke

http://senarainamakampungride.blogspot.com/

Lokasi Permulaan:


GPS: N 02o 13.752’ E 102o 18.177’



sebarang kemusykilan sila berhubung dengan wakil kami di talian yang tertera di sebelah kanan blog ini

Thursday, April 14, 2011

Lagi Hadiah Cabutan Bertuah.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Ini juga mungkin menanti ANDA di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!
Frame GIANT ATX 7 dan GIANT  ATX PRO!
Bukan 1 unit, bukan 2 unit!
TETAPI .......... 10 (sepuluh) unit frame!!!
Hadiah-hadiah dibawah ini ditaja sepenuhnya.
(Tertakluk kepada Penaja)
Jom semua riders! 
Jangan bertangguh!
Sertai BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011 sekarang!!!



Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!

Thursday, April 7, 2011

Route Kampung Ride Jamboree 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011 Track Route



** Ini adalah tentative route. Route & track profile - elevation serta GPS coordinate setiap Check Point/ Water Stop akan kami paparkan selepas tarikh akhir penyertaan.

Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!

Tuesday, April 5, 2011

Perubahan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Perubahan No. Faks dan Pegawai Urusetia BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011
berkuatkuasa SERTA MERTA

SEBELUM
No Faks :06 - 232.17.79
u.p : En. Shadan Othman

KINI KEPADA

No Faks : 06 - 953.82.73
u.p : En. Soffian Hj Mustafa


** borang-borang penyertaan yang telah di faks kepada En. Shadan Othman sebelum ini, tidak perlu di faks semula kepada En. Soffian Hj. Mustafa. Harap Maklum.


Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!

Monday, April 4, 2011

Penginapan?

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Dah dapat tempat penginapan untuk BCNC Kampung Ride Jamboree 2011? 

Jika sudah, syukurlah. Namun jika belum, pastikan anda tidak menangguhkan tempahan. Kenapa? Jangan lupa, tarikh 1 Mei 2011 merupakan tarikh cuti umum untuk Hari Pekerja, dan jatuh pada hari Ahad. Maka cuti berganda lah pada hari berikutnya!

Ya. Melaka adalah sebuah Negeri Pelancongan, menjadi tumpuan pengunjung tidak kira yang bermalam atau sekadar day trip dari seluruh pelusuk tanahair. 

Ramai peserta telah menghubungi pihak Urusetia, bagi mendapatkan maklumat penginapan. Mereka mengeluh kerana sukar mendapatkan bilik hotel di musim perayaan atau cuti berturutan ini.

Syukurlah masih ada peluang menginap di rumah inap atau townstay atau lebih popular dirujuk oleh orang kita sebagai homestay. Sebenarnya ada beza antara townstay dan homestay

Pihak Perbadanan Hang Tuah Jaya adalah agensi bertanggungjawab untuk merekabentuk, memajukan, menyelaras dan mempromosikan Program Homestay Warisan Melaka yang telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka pada 3 Disember 2010.

Tunggu apa lagi? singgah www.homestaymelaka.gov.my atau klik SINI untuk maklumat penginapan.



Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!

Tuesday, March 29, 2011

Tahniah!!

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia

Tahniah diucapkan kepada saudara ZAIMAN BIN HUSIN yang berjaya mendapat Hamper sumbangan syarikat DIZI PEST CONTROL, Melaka.  Saguhati ini sempena kesungguhan beliau menyertai BCNC Kampung Ride Jamboree 2011, terpilih kerana merupakan peserta PERTAMA.Tahniah dan terima kasih di ucapkan.

TAHNIAH..Belum pun kayuh, sudah menangi hadiah!!!
ANDA bila lagi nak DAFTAR !!!




**DIZI PEST CONTROL menyediakan perkhidmatan penyemburan anai-anai,serangga dan lain-lain.
    untuk keterangan lanjut bolehlah hubungi DIZI PEST CONTROL di dizipc@gmail.com
**Sumbangan adalah tertakluk kepada pihak pengurusan DIZI PEST CONTROL Terima kasih!

Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!

Tuesday, March 22, 2011

Ramalan Cuaca?

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia!

BCNC berkongsi laporan cuaca di sekitar Melaka, sekitar April - Mei 2010 dan diharap dapat beri gambaran keadaan cuaca ketika BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011 berlangsung.

Bulan April adalah merupakan bulan musim peralihan monsun bagi negara ini. Kebiasaanya, ia merupakan tempoh musim yang lembap bagi negeri-negeri pantai barat di Semenanjung.

Kebanyakan kawasan telah menerima jumlah hujan pada paras purata atau melebihi purata bulanannya. Jumlah hujan antara 20% hingga 60% melebihi purata pula telah direkod di beberapa kawasan termasuk di Melaka dan selatan Johor.


Pada bulan Mei 2010, kebanyakan kawasan di Semenanjung telah merekodkan jumlah hujan pada paras purata dan melebihi paras purata. Melaka antara negeri yang telah menerima taburan hujan bawah paras purata hujan bulanannya.

Mulai penghujung Mei 2010, negara telah mengalami musim monsun barat daya di mana secara lazimnya cuaca adalah lebih kering dan panas berbanding bulan-bulan lain. Secara amnya, taburan hujan dan kadar sejatan yang direkodkan di kebanyakan kawasan adalah normal dalam bulan ini.

 

Maklumat sepenuhnya, boleh layari laman web Jabatan Meteorologi Malaysia. Ramalan cuaca semasa juga boleh diperolehi.


Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!

Monday, March 21, 2011

Hotel & Homestay Melaka

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Untuk kemudahan peserta disini disertakan beberapa hotel dan rumah inapdesa atau homestay untuk menginap ketika BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011.  Kadar harga / rate penginapan adalah tertakluk kepada pihak Pengurusan Hotel/ Homestay.
Hotel Seri Malaysia.
Lot PT 12332,
Lebuh Ayer Keroh,
75760 Ayer Keroh,
Melaka, Malaysia.
Tel : 06-232 8460
Fax: 06-232 8470

Air Keroh D'Village Sdn Bhd,
Lebuh Air Keroh,
75450 Melaka.
Tel: 06 232 8000

Melaka Townstay
0193904007

Homestay Area Bukit Katil
019-2080690

Homestay Area Bukit Katil (Pak Man)
0173791513

Perbadanan Hang Tuah Jaya (PHTJ) Homestay
Tel: +606-2323653

Homestay Area Bukit Katil (Ridzuan)
012-2743270

DMerak Mas Homestay
Nasir 017-68544967

Feezy Homestay
017-9753629

JAFMANURIN’S HOMESTAY
013 6800113

O.Z Homestay
Midi : 0176246944

Taman Saujana Homestay
Murat : 0133627077

Sri Aman Homestay
AINI 013-6905555

Hj Ibrahim Homestay
0176718951

Homestay Epenn
019-7500779

Homestay Semi D Ayer Keroh
019-6991590

Homestay 2U Bkt Katil
0196631539(En. Wan)

1sty Homestay Bukit Katil
En.Rody:0166402640

Homestay 4R Bukit Katil
nizam - 012-6896069
 
Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!

Friday, March 18, 2011

Snapshot hadiah Cabutan Bertuah!


Hadiah Utama cabutan bertuah BCNC Kampung Ride Jamboree 2011?
GIANT TALON 2, model 2011. Rujuk link untuk spesifikasi.

Pihak Penganjur sedang usahakan! Banyak lagi tajaan dari GIANT menanti riders!

Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!

Thursday, March 17, 2011

Susunan Program

SABTU, 30 APRIL 2011
5.00pm-10pm:

Meja Pendaftaran Dibuka di RUMAH MELAKA. Goodies and jersi diserah.
AHAD, 1 MEI 2011
6.00 am:



Riders Check-In. (Setiap peserta wajib untuk check-in sebelum mulakan kayuhan)

7.00 am:

Cabutan Bertuah - Rezeki Pagi.

7.30 am:

Ketibaan Wakil Penaja dan Persembahan/ Hiburan.
 8.00 am:

KetibaanVIP
Ucapan Perasmian oleh VIP
Penghargaan Kepada Penaja
Bacaan Doa.

8.30 am

Peserta di lepaskan.

8.45 am

Lawatan oleh VIP ke Tapak Pameran Penaja. Jamuan Ringan.

11.00 am:

Check point no. 1 ditutup..

12.00 pm:
Check point no. 2 ditutup.

12.30 pm:

Check point no. 3 ditutup.
 1.00 pm:


Check point no. 4 ditutup.
Penyampaian Hadiah & Cabutan Bertuah.
2.30 pm:
Program berakhir dan Bersurai..


*SEMUA PESERTA DIKEHENDAKI MENDAFTAR DIRI DAN MENGAMBIL JERSI, GOODIES & NO. PLAT BASIKAL SEBELUM JAM 10:00 malam , SABTU, 30 APRIL 2011.*

Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!

Friday, March 11, 2011

Replika Jersi

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

BCNC dengan bangganya, mempersembah DESIGN JERSI untuk BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011


Logo BCNC, jata Negeri dan  GIANT sebagai Penaja Utama di cetak di bahagian hadapan.

Dan di bahagian belakang, hanya logo BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011.

Rekaan ini berasaskan cutting jersi M-T-B, berzip paras dada serta berpoket tiga (3) di bahagian belakang. Ada kelainan? Haaha...! Cepat-cepat daftar bro!

Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!

Thursday, March 10, 2011

Gambaran Trek - Recce Kedua

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Disini diselitkan sedikit gambaran trek menarik BCNC Kampung Ride Jamboree 2011, ketika recce kedua baru-baru ini.


** Ini adalah sedikit sebanyak gambar-gambar trek BCNC Kampung Ride Jamboree 2011**

Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!

Friday, February 25, 2011

Ini Menanti ANDA !

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

BCNC Kampung Ride Jamboree 2011 yang julung-julung kali diadakan pada tahun ini, sudah pasti dinantikan oleh semua rider seluruh Malaysia yang ingin mencabar stamina dan keupayaan MTB masing-masing.  Oleh itu, pihak Penganjur menawarkan !!!

Berikut adalah reward kepada para peserta yang menyertai Jamboree ini..


1) Kategori Lelaki Terbuka:

Tempat 1st: RM 1000
Tempat 2nd: RM 700
Tempat 3rd: RM 500
Tempat 4th: RM  300
Tempat 5th: RM 100
Tempat 6-10th :RM 50

2) Kategori Wanita Open:

Tempat 1st: RM 1000
Tempat 2nd: RM 700
Tempat 3rd: RM 500
Tempat 4th: RM 300
Tempat 5th: RM 100
Tempat 6-10th :RM 50

  • Bagi peserta yang berjaya mendapatkan tempat ke-100 terawal akan mendapat topi atau cap BCNC Jamboree Kampung Ride 2011 dan juga MEDAL posisi.

  • Semua peserta yang berjaya menamatkan kayuhan akan mendapat MEDAL BCNC Jamboree Kampung Ride 2011

  •  Lucky Draw dan Hadiah Misteri sudah pastinya di tunggu-tunggu oleh peseta
***PERHATIAN : INI BUKAN JAMBOREE RACE DAN TIADA KATEGORI YANG DI PERTANDINGKAN. TERBUKA KEPADA SEMUA LAPISAN UMUR*** 

Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!

Tuesday, February 22, 2011

Borang Pendaftaran

Untuk pendaftaran RIDERS sekalian, 3 cara mudah iaitu :


1. Download borang yang disertakan dibawah
BORANG PENDAFTARAN

dan "FAX" borang yang siap di isi, kepada
FAX : 06 - 2321779
(u.p : EN. SHADAN OTHMAN)


2. Atau Secara ONLINE, scroll down blog ini
(Pastikan butir bayaran penyertaan disimpan untuk pengesahan)


3. ATAU klik


 Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!

Tuesday, February 15, 2011

Rumah Melaka,Bukit Katil

Assalamualiakum dan salam 1 Malaysia

Bagi peserta dari luar Melaka yang berminat untuk menyertai Jamboree Kampung Ride 2011 di sini kami  sediakan sedikit panduan arah menuju Rumah Melaka di Bukit Katil yang mengambil masa kira-kira 10-15 minit perjalanan dari Plaza Tol Ayer Keroh.




Peta dengan ihsan : Google Map

Point A :Plaza Tol Ayer Keroh
Point B :Persimpangan MITC
Point C : Persimpangan Jalan Gapam-Bukit Katil
Point D :Persimpangan JPJ-Bukit Katil
Point E :Rumah Melaka



Point A : Plaza Tol Ayer Keroh

- di sebelah ini ialah gambaran selepas anda keluar dari Plaza Tol Ayer Keroh, Melaka

- dari Plaza Tol Ayer Keroh, anda perlu terus memandu ke arah Bandaraya Melaka melalui Zoo Melaka (di kiri)dan Taman Buaya Melaka (di kanan)






 Anda perlu memandu lebih kurang sejauh 3Km untuk tiba di Persimpangan MITC (Point B)












Point B : Persimpangan MITC

- Selepas anda melepasi Zoo Melaka dan Taman Buaya

- Anda akan dapat melihat papan tanda jalan raya menunjukkan arah ke Bukit Katil.

- Anda perlu belok ke kiri di persimpangan ini untuk menghala ke Bukit Katil (Point C) melalui Jalan Gapam. Seri Negeri berada kira-kira 500 meter dari persimpangan ini.



Point C : Simpang Tiga Menghala ke Bukit Katil

-Selepas membelok ke kiri, anda akan meneruskan perjalanan lebih kurang sejauh 500 meter melalui Seri Negeri sebelum tiba di simpang ke Bukit katil (Point C)








-Selepas melepasi Seri Negeri Melaka, anda perlu membelok ke kanan selepas tibe di simpang tiga ini untuk menuju ke Simpang Empat Bukit Katil (Point D) yang terletak kira-kira 4Km dari simpang ini.









Point D : Simpang Empat Bukit Katil

 -Setibanya di persimpangan ini, anda perlu membelok ke kiri melalui jalan Tun Kudu untuk menuju ke Rumah Melaka,Bukit Katil

-Selepas 150 meter belok ke kiri anda akan melihat Rumah Melaka yang terletak di sebalah kiri Jalan Tun Kudu,Bukit Katil Melaka(Point E)




Point E : Rumah Melaka, Bukit Katil

-Terletak kira-kira 150 meter dari Simpang Empat Bukit Katil (Point D)









**Point of Interest (POI) : Bukit Katil,Melaka

Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!

Sunday, February 6, 2011

Wakil BCNC Untuk Dihubungi

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Untuk pertanyaan dan maklumat berkaitan BCNC Kampung Ride Jamboree 2011 hubungi wakil sah kami :


MOHD FAIRUZ : 017-2099920
SOFFIAN HJ. MUSTAFA : 019-6757051
MOHD HUSRY : 012-3374760
ZULKIPLI MOHAMMAD : 013-6278787

Registration Form boleh di muat turun di pautan sebelah kanan blog ini

** maklumat seterusnya akan di kemaskini dari masa ke masa......

Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!

Wednesday, January 12, 2011

BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

BCNC mengumumkan dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri Melaka akan menganjurkan :

BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011

Tarikh :1 Mei 2011

Masa :8.30 pagi

Tempat : Rumah Melaka, Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, Melaka
(Berhampiran persimpangan JPJ Melaka)
( GPS: N 02 degre 13.75' E 102 degree 18.177' )

Laluan :45km (Jalan tar + Jalan kampung + offroad)

Check Point : 4 Sahaja ( 2 water stop + bekalan pisang)

Yuran penyertaan : RM 50.00 (Jersi + lain-lain goodies)

Lain-lain : Medal akan di kalungkan kepada peserta yang berjaya menamatkan kayuhan.

** Maklumat yang lain seperti gambar trek, rekaan Jersi akan dikemaskini pada bulan Februari 2011**
Pertanyaan dari pihak PENAJA adalah dialu-alukan.

Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!