PENYERTAAN TELAH DITUTUP 15 APRIL 2011

Penyertaan telah ditutup pada jam 11.59 malam - Jumaat, 15 April 2011. Sebarang pertanyaan berhubung penyertaan, sila berhubung pegawai Urusetia Jamboree seperti disenarai pada sisi kanan blog. Lokasi:GPS: N 02 13.752’ E 102 18.177’ Terima Kasih.

Tuesday, March 22, 2011

Ramalan Cuaca?

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia!

BCNC berkongsi laporan cuaca di sekitar Melaka, sekitar April - Mei 2010 dan diharap dapat beri gambaran keadaan cuaca ketika BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011 berlangsung.

Bulan April adalah merupakan bulan musim peralihan monsun bagi negara ini. Kebiasaanya, ia merupakan tempoh musim yang lembap bagi negeri-negeri pantai barat di Semenanjung.

Kebanyakan kawasan telah menerima jumlah hujan pada paras purata atau melebihi purata bulanannya. Jumlah hujan antara 20% hingga 60% melebihi purata pula telah direkod di beberapa kawasan termasuk di Melaka dan selatan Johor.


Pada bulan Mei 2010, kebanyakan kawasan di Semenanjung telah merekodkan jumlah hujan pada paras purata dan melebihi paras purata. Melaka antara negeri yang telah menerima taburan hujan bawah paras purata hujan bulanannya.

Mulai penghujung Mei 2010, negara telah mengalami musim monsun barat daya di mana secara lazimnya cuaca adalah lebih kering dan panas berbanding bulan-bulan lain. Secara amnya, taburan hujan dan kadar sejatan yang direkodkan di kebanyakan kawasan adalah normal dalam bulan ini.

 

Maklumat sepenuhnya, boleh layari laman web Jabatan Meteorologi Malaysia. Ramalan cuaca semasa juga boleh diperolehi.


Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!

No comments:

Post a Comment