PENYERTAAN TELAH DITUTUP 15 APRIL 2011

Penyertaan telah ditutup pada jam 11.59 malam - Jumaat, 15 April 2011. Sebarang pertanyaan berhubung penyertaan, sila berhubung pegawai Urusetia Jamboree seperti disenarai pada sisi kanan blog. Lokasi:GPS: N 02 13.752’ E 102 18.177’ Terima Kasih.

Monday, April 4, 2011

Penginapan?

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Dah dapat tempat penginapan untuk BCNC Kampung Ride Jamboree 2011? 

Jika sudah, syukurlah. Namun jika belum, pastikan anda tidak menangguhkan tempahan. Kenapa? Jangan lupa, tarikh 1 Mei 2011 merupakan tarikh cuti umum untuk Hari Pekerja, dan jatuh pada hari Ahad. Maka cuti berganda lah pada hari berikutnya!

Ya. Melaka adalah sebuah Negeri Pelancongan, menjadi tumpuan pengunjung tidak kira yang bermalam atau sekadar day trip dari seluruh pelusuk tanahair. 

Ramai peserta telah menghubungi pihak Urusetia, bagi mendapatkan maklumat penginapan. Mereka mengeluh kerana sukar mendapatkan bilik hotel di musim perayaan atau cuti berturutan ini.

Syukurlah masih ada peluang menginap di rumah inap atau townstay atau lebih popular dirujuk oleh orang kita sebagai homestay. Sebenarnya ada beza antara townstay dan homestay

Pihak Perbadanan Hang Tuah Jaya adalah agensi bertanggungjawab untuk merekabentuk, memajukan, menyelaras dan mempromosikan Program Homestay Warisan Melaka yang telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka pada 3 Disember 2010.

Tunggu apa lagi? singgah www.homestaymelaka.gov.my atau klik SINI untuk maklumat penginapan.



Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!

No comments:

Post a Comment